Definisi yang sesuai untuk konsep kemahiran berfikir masih dopertikaikan, kerana kebanyakan tokoh pemikir memounyai pemdapat yang berbeza-beza. Umpamanya George (1970) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward de Bono (1976) pula mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan maslah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu bedasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.
Mayer (1977) pula melihat pemikiran sebagai melibatkan pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah.
Menurut seorang tokoh pemikir lain, iaitu Chaffee (198), pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Satu lagi definisi tentang berfikir yang agak menarik ialah definisi yang dikemukakan oleh Vincent Ryan Ruggiero(1984):
“ Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.”
Selain itu terdapat definisi yang lebih luas tentang pemikiran dan mempunyai pertalian yang erat dengan definisi di atas, iaitu definisi yang diperjelas oleh John Barell (1991):
“… I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve the adventurous generation of options, he attempt to arrive at logical, reasonable jugements, and reflection in the process.”
Walaupun tafsiran tentang pemikiran itu berbeza-bea, namun secara amnya kebanyakan tokoh pemikir bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Berdasarkan beberapa difinisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa:
“Pemikiran ialah proses mengunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.”
Apakah kesilapan kita
Kita sering sahaja berfikir untuk melakukan sesuatu atau bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan. Namun demikian kita juga sering membuat kesilapan semasa berfikir. Adakah anda pernah membuat kesilapan semasa berfikir? Cuba anda fikirkan pula mengapakah kesilapan-kesilapan itu berlaku. Cuba renung kembali apakah kesan atau daripada kesilapan tersebut.
Mengikut Perkins dan Swarts (1990) kesilapan-kesilapan utama yang sering kita lakukan semasa berfikir ialah berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru.
Kesilapan-kesilapan tersebut dapatlah dihuraikan seperti yang berikut:
i. Berfikir secara terburu-buru
Kesilapan ini berlaku apabila kita bertindak dengan tergesa-gesa untuk membuat keputusan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini demikian kerana kita tidak menggunakan masa yang cukup untuk bertindak. Apabila keadaan ini terjadi maka berlakulah kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya berlaku.
ii. Fikiran yang sempit
Kelemahan ini berlaku apabila kita cuba membendung fikiran kita daripada melihat sesuatu itu dengan lebih luas. Kita juga tidak berusaha untuk memberi pertimbangan yang wajar, mencari makna yang tersirat, menerokai bukti-bukti lain yang nyata, meninjau pandangan-pandangan orang lain, memilih alternative-alternatif dan mengkaji kemungkinan-kemungkinan lain. Akibat daripada tindakan seperti ini, kita mungkin terlepas pandangan untuk membuat keputusan yang terbiak.
iii. Fikiran yang kabur
Kesalahan ini berlaku apabila idea yang hendak kita sampaikan itu tidak jelas dan tidak menepati objektif yang dikehendaki. Umpamanya mungkin kita tidak memperjelaskan sesuatu konsep itu dengan lebih terperinci dengan memberi tafsiran dan contoh-contoh yang nyata. Dengan itu berlakulah kesamaran pada idea yang hendak kita sampaikan.
iv. Fikiran yang bercelaru
Kelemahan ini berlaku apabila kita tidak merancang dan menyusun idea yang hendak kita sampaikan itu dengan cara yang sistematis. Idea yang hendak kita sampaikan itu lazimnya kita sampaikan secara rawak, iaitu tidak disusun mengikut urutan atau prinsip-prinsip tertentu. Dengan itu berlakulah perulangan dan pertindihan idea yang tidak menentu tanpa arah dan tuju hala tertentu.